Panduan perkhidmatan motor yang penting daripada pengendali takaful/syarikat insurans anda
Oktober 28, 2024Sembang Santai Takaful: Rilex. Takaful Kan Ada
November 14, 20248 faktor-faktor yang mempengaruhi
kos sumbangan takaful/premium insurans
Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, pemilikan kenderaan bukan sahaja untuk keperluan untuk perjalanan harian dan pada hujung minggu bersama yang tersayang. Tetapi kemudahan ini datang bersama dengan tanggungjawab, termasuk perlindungan takaful atau insurans motor yang sepatutnya.
Adakah anda pernah tertanya-tanya kenapa sumbangan takaful atau premium insurans kereta berbeza di antara para pemandu? Baca lebih lanjut untuk memahami faktor-faktor utama yang digunakan untuk mengenal pasti pelbagai risiko dan potensi kos untuk melindungi kenderaan anda. Memahami faktor-faktor ini akan memudahkan anda untuk membuat keputusan dalam memilih perlindungan yang sesuai.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sumbangan/premium anda
1
Kenderaan anda
Jenis kenderaan anda memainkan peranan dalam menentukan sumbangan takaful atau premium insurans motor anda. Contohnya, kenderaan komersial yang digunakan untuk menghantar barang atau membawa manusia, memerlukan sijil takaful atau polisi insurans motor yang komersial kerana profil risiko yang lebih tinggi.
Kenderaan-kenderaan ini selalunya mempunyai enjin yang lebih besar, dan jarak yang lebih tinggi menjadikannya lebih berisiko terlibat dalam kemalangan, kerosakan dan lain-lain di atas jalan raya berbanding kenderaan peribadi. Sebab itulah sumbangan takaful atau premium insurans komersial cenderung menjadi lebih tinggi. Faktor lain termasuk kecenderungan untuk kecurian, kos pembaikan, enjin kenderaan dan rekod keselamatan kereta secara keseluruhan.
Tahukah anda?
Anda disyorkan untuk mengekalkan kereta anda dalam keadaan yang efisien dan selamat di jalan raya. Anda mesti mendapatkan keizininan pengendali takaful/syarikat insurans anda jika anda membuat sebarang pengubahsuaian yang akan mempertingkat atau menpengaruhi prestasi kereta anda. Jika anda tidak berkongsi maklumat, anda mungkin tidak mendapat bayaran daripada tuntutan anda.
2
Pengalaman dan umur pemandu
Pengendali takaful dan syarikat insurans akan mengambil kira umur dan tempoh pengalaman memandu anda apabila membuat pengiraan untuk sumbangan/premium. Pemandu yang berusia 25 tahun ke bawah mungkin berdepan kadar lebih tinggi kerana risiko yang lebih tinggi sebagai pemandu baru atau kurang berpengalaman di jalan raya.
Tahukah anda?
Takaful dan insurans bukan saja memberi liputan untuk kerosakan terhadap kenderaan anda. Dengan perlindungan yang sesuai, ia juga mampu melindungi pengguna jalan raya yang lain daripada kemalangan yang berpunca daripada anda.
3
Nilai pasaran kereta
Lazimnya, kereta-kereta dengan nilai pasaran yang lebih tinggi akan mempunyai amaun diinsuranskan yang lebih tinggi, justeru itu, sumbangan atau premium akan menjadi lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah kereta jenis Mercedes Benz A-class sedan dengan nilai pasaran berjumlah RM241,888 akan mempunyai sumbangan takaful atau premium insurans yang lebih tinggi berbanding sebuah kereta jenis Honda Jazz 1.5L E dengan nilai pasaran sebanyak RM78,161.
Dalam tempoh pembaharuan takaful atau insurans kereta anda, anda boleh memilih untuk memberi perlindungan takaful/insurans untuk kereta anda berdasarkan nilai pasaran ketika itu. Manfaatnya adalah anda berkemungkinan akan membayar kadar tahunan yang lebih murah. Walaubagaimanapun, jika anda mengfailkan kerugian menyeluruh atau tuntutan kecurian, anda mungkin akan mendapat pembayaran balik yang kurang daripada amaun diinsuranskan, kerana nilai kereta anda telah susut apabila tuntutan telah dibuat.
Di bawah persetujuan nilai dipersetujui, amaun diinsuranskan yang ditawarkan dikira lebih awal berdasarkan model kereta anda, tahun, dan pelbagai lagi faktor lain ketika pembelian. Jika anda mengfailkan kerugian menyeluruh atau tuntutan kecurian, pengendali takaful/syarikat insurans boleh memberi pampasan penuh kepada anda berdasarkan amaun diinsuranskan dipilih anda, tak kira nilai pasaran semasa.
Tahukah anda?
Anda boleh mempunyai sijil/polisi Nilai Dipersetujui, di mana kereta anda diinsuranskan berdasarkan jumlah yang pengendali takaful/syarikat insurans dan anda telah sama-sama bersetuju. Di bawah persetujuan Nilai Dipersetujui, jumlah amaun diinsuranskan ditawarkan kepada anda dihitung lebih awal berdasarkan model kereta anda, tahun, dan pelbagai lagi faktor lain ketika pembelian.
Jika anda mengfailkan kerugian menyeluruh atau tuntutan kecurian, pengendali takaful atau syarikat insurans akan memberi pampasan penuh kepada anda berdasarkan amaun diinsuranskan dipilih anda, tak kira nilai pasaran semasa/susut nilai.
4
No-Claim Discount/Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD): Kekal dan kukuhkan untuk lebih penjimatan
Mengekalkan rekod pemanduan yang bersih dan mengelakkan tuntutan takaful atau insurans motor dapat memberi manfaat ketara pada dompet anda. NCD selalunya dilihat sebagai skim ‘ganjaran’ untuk para pemandu yang tidak membuat apa-apa tuntutan takaful atau insurans tahunan.
Seorang pemandu akan kehilangan NCDnya jika pihak lain mengfailkan tuntutan terhadapnya, atau individu yang diinsuranskan membuat tuntutan terhadap pembaikan untuk kerosakan kenderaannya sendiri. Walau bagaimanapun, jika pemandu kereta itu tidak bersalah dan membuat tuntutan daripada pihak lain, kelayakan NCD tidak akan terjejas.
Diskaun ini boleh mengurangkan sumbangan/premium anda sehingga 55%.
5
Pilih takaful/insurans motor yang sesuai dengan anda
Secara amnya, ada tiga jenis takaful/insurans motor di Malaysia. Dibawah ini merupakan ringakasan bagi setiap jenis takaful/insurans motor anda:
Perlindungan Pihak Ketiga
- Kematian atau kecederaan tubuh badan pihak ketiga
- Kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga
Third Party, Fire & Theft Cover
- Kematian atau kecederaan tubuh badan pihak ketiga
- Kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga
- Kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian
Perlindungan Takaful/Insurans Motor Komprehensif
- Perlindungan paling luas
- Kematian dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga
- Kerugian atau kerosakan harta pihak ketiga
- Kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan, kecurian atau kemalangan.
Apabila menilai takaful atau insurans motor, cuba seimbangkan antara perlindungan yang diperlukan dan bajet anda. Jika anda memilih perlindungan komprehensif, premium/sumbangan anda menjadi lebih tinggi tetapi anda akan mendapat lebih perlindungan.
Anda juga boleh meneliti perlindungan tambahan seperti peril khas yang memberikan perlindungan untuk kerosakan atau kerugian akibat bencana alam atau peril lain yang tidak dilindungi oleh sijil takaful atau polisi insurans motor yang standard, seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, dan bencana alam semula jadi yang lain.
Tahukah anda?
Anda digalakkan untuk membandingkan sebut harga daripada pengendali takaful atau syarikat insurans yang berbeza untuk mendapat tawaran terbaik dan perlindungan optimum pada harga yang kompetitif.
6
Lokasi, lokasi, lokasi: Taksiran geografi
Tempat tinggal anda mempengaruhi sumbangan takaful/premium insurans anda. Jika anda tinggal di kawasan bandar yang mempunyai jumlah trafik, kadar jenayah dan kecurian yang lebih tinggi, ia boleh mengakibatkan sumbangan takaful/premium menjadi lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar dengan populasi yang lebih rendah.
Pengendali takaful dan syarikat insurans mengambil kira kemungkinan berlakunya kemalangan dan kecurian kenderaan apabila membuat taksiran untuk sumbangan takaful/premium insurans, menyesuaikan kadar dengan profil risiko setiap kawasan.
7
Jenis dan kapasiti enjin. Motor lebih kuasa, lebih tinggi kosnya
Pengendali takaful dan syarikat insurans juga akan melihat pada jenis enjin dan kapasitinya. Contohnya, jika enjin anda menggunakan minyak diesel, berkemungkinan jumlah sumbangan takaful/insurans adalah lebih berbanding kenderaan yang menggunakan petrol. Kapasiti enjin merujuk kepada jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin keseluruhan kenderaan. CC kenderaan anda adalah selaras dengan jumlah sumbangan takaful/insurans. Jadi, kenderaan dengan CC yang lebih tinggi mungkin akan mempunyai sumbangan takaful/premium insurans yang lebih tinggi.
8
Rekod pemanduan anda
Bayangkan: anda seorang pemandu yang berhemah, prihatin dan sentiasa patuh pada setiap peraturan trafik. Ganjaran anda? Anda akan mendapat sumbangan takaful/insurans premium yang lebih rendah. Pengendali takaful/syarikat insurans mengambil kira kesalahan trafik, kemalangan, penggantungan lesen, dan pengalaman memandu ketika membuat penilaian.
Para pemandu yang mempunyai sejarah kemalangan yang tinggi dan kesalahan trafik selalunya akan dikenakan sumbangan takaful/insurans premium yang lebih tinggi disebabkan kebarangkalian kemalangan yang lebih tinggi.
Untuk memperbaiki rekod pemanduan anda, patuhi peraturan trafik, hadir kursus ‘defensive driving’, pasang ciri-ciri keselamatan dan kekalkan amalan keselamatan di jalan raya.
Mengawal sumbangan/premium anda!
Walaupun sumbangan takaful/premium insurans boleh menjadi mahal, sama seperti pembelian lain, anda masih boleh mendapatkan sumbangan takaful/premium insurans yang lebih rendah dengan perlindungan yang mencukupi.
Sentiasa lihat dan banding sebut harga
Dapatkan sebut harga daripada beberapa pengendali takaful atau syarikat insurans untuk mendapatkan kadar terbaik untuk keperluan anda
Minta diskaun
Banyak pengendali takaful atau syarikat insurans akan menawarkan diskaun-diskaun seperti jarak kilometer yang rendah, tabiat pemanduan yang selamat dan menggabungkan insurans/takaful kereta anda dengan polisi/sijil lain seperti insurans rumah.
Tambahkan deduktibel anda
Deduktibel adalah jumlah yang anda perlu bayar sendiri sebelum perlindungan insurans berkuat kuasa. Menambah deduktibel anda boleh mengurangkan premium/sumbangan, tapi pastikan anda berkemampuan untuk membayar jumlah deduktibel sekiranya berlaku kemalangan.
Kekalkan rekod pemanduan yang bersih
Elakkan melakukan kesalahan trafik dan kemalangan supaya rekod pemanduan kekal bersih dan layak untuk NCD.
Dengan memahami faktor-faktor selain daripada mengambil langkah yang sesuai, anda boleh membuat keputusan yang bijak berkenaan perlindungan takaful dan insurans kereta anda, sekaligus mungkin menjimatkan wang dan juga mendapat perlindungan secukupnya.
Hubungi wakil takaful/insurans atau bercakap secara langsung dengan pengendali takaful/syarikat insurans anda mengenai pilihan-pilihan anda hari ini.
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.