Masa depan untuk tuntutan takaful/insurans adalah digital!
Oktober 10, 2024Tuntutan, Pembaikan dan Pertikaian: Apa yang perlu anda tahu
Oktober 26, 2024Dapatkan
Perlindungan
Yang Tepat
#YouOttoKnow: Bagaimana memilih perlindungan takaful dan insurans motor yang tepat
Dengan hampir 600,000 kemalangan yang telah dilaporkan di Malaysia pada tahun 20231, adalah satu idea yang baik untuk anda meneliti sijil/polisi takaful atau insurans yang terkini bagi memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Rujuk panduan berikut untuk anda memahami dunia takaful/insurans motor dengan lebih yakin!
Panduan pertama #Ot-to
Tahukah anda?
Insurans/Takaful motor adalah wajib untuk setiap kenderaan yang menggunakan jalan raya di Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mengapa takaful/insurans lebih penting daripada sekadar keperluan undang-undang
Perlindungan takaful/insurans bukan hanya perisai kewangan sekiranya anda mengalami kemalangan yang juga menyebabkan kenderaan anda berada dalam keadaan teruk, ia juga adalah suatu tindakan yang baik untuk memastikan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kemalangan akan diberikan perlindungan.
Perlindungan kewangan terhadap musibah
Daripada kemalangan yang tidak diduga hingga komplikasi perubatan, insiden-insiden di luar jangkaan seperti ini boleh memberi kesan buruk pada masa depan dan kewangan yang telah anda bina selama ini.
Implikasi kemalangan
Pelanggaran kecil atau kemalangan serius?
Bertenang, takaful/insurans anda akan menanggung kos pembaikan,sekaligus melindungi anda daripada pembayaran bil membaiki kenderaan yang mahal.
Perlindungan pihak ketiga
Terlanggar kereta atau harta benda orang lain?
Jangan panik. Pengendali takaful/insurans anda akan menguruskan tuntutan itu, sekaligus melindungi anda daripada kesulitan undang-undang dan pampasan yang diminta.
Rawatan perubatan
Pernah terfikir kalau anda perlukan rawatan perubatan akibat kemalangan?
Jangan risau. Pengendali takaful/insurans anda akan menguruskan apa-apa tuntutan untuk kos perubatan yang ditanggung oleh pihak ketiga akibat kemalangan.
Panduan ke-2 #Ot-to
Pilih perlindungan anda!
Terdapat 3 jenis takaful/insurans motor. Memahami 3 perlindungan asas ini akan membantu anda memilih
perlindungan yang tepat untuk kenderaan anda.
Menyesuaikan perlindungan anda
Sektor takaful/insurans kenderaan telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan. Daripada produk berbentuk umum suatu ketika dahulu, kini terdapat lebih banyak produk spesifik mengikut keperluan anda. Ketahui pelbagai jenis perlindungan yang ditawarkan bergantung kepada kelebihan masing-masing dan kos-kos tersendiri.
Perlindungan Pihak Ketiga
Sijil/polisi ini melindungi anda terhadap tuntutan kecederaan badan atau kematian yang dilakukan pada individu lain (dikenali sebagai pihak ketiga), dan juga kerosakan harta benda pihak ketiga yang berpunca daripada kenderaan anda.
Third Party, Fire & Theft Cover
Sijil/polisi ini memberikan perlindungan terhadap tuntutan kecederaan dan kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian pihak ketiga, dan kerosakan atau kerugian pada kenderaan anda sendiri, akibat kebakaran tidak disengajakan atau kecurian.
Perlindungan Takaful/Insurans Motor Komprehensif
Perlindungan takaful/insurans motor komprehensif kenderaan adalah satu-satunya yang melindungi kerosakan pada kenderaan anda sekiranya terlibat dalam kemalangan. Walau bagaimanapun, kelayakan mungkin bergantung pada usia kenderaan dan faktor-faktor lain. Pastikan anda memeriksa polisi yang diambil dengan pengendali takaful/insurans anda.
Perlindungan tambahan
Panduan ke-3 #Ot-to
Tahu segala had yang ada
Perlindungan komprehensif pun ada pengecualian-pengecualian dan
had-hadnya. Terokai pilihan-pilihan untuk tambahan takaful/insurans yang
ditawarkan oleh pengendali takaful/syarikat insurans anda supaya
anda boleh padankan perlindungan mengikut keperluan dan profil risiko anda.
Aspek lain yang perlu diambil kira
Selain pilihan tambahan, memilih pengendali takaful atau syarikat insurans di Malaysia adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih pengendali takaful atau syarikat insurans.
Rangkaian Perlindungan
Ketelusan
Pastikan proses tuntutan dinyatakan dengan jelas beserta maklumat untuk keperluan dokumentasi dan prosedur yang diperlukan.
Rekod terdahulu
Pemprosesan tuntutan
Perkhidmatan pelanggan
Padanan produk
Panduan ke-4 #Ot-to
Risiko-risiko dan premium-premium
Sejarah pemanduan dan tuntutan terdahulu anda boleh memberi kesan pada premium / kadar bayaran anda. Profil risiko yang baik (pemanduan selamat yang konsisten) selalunya akan menjadikan kadar lebih rendah, manakala tuntutan yang kerap akan menjadikan premium/kadar bayaran lebih tinggi akibat risiko yang dilihat sebagai lebih tinggi.
Takaful/insurans motor yang sudah lama wujud tak semestinya satu penyelesaian yang paling sesuai atau solusi pukul rata untuk semua.
Sentiasa mencari maklumat lebih terperinci, dan dapatkan pengesahan untuk apa-apa terma yang mengelirukan dan jawapan untuk segala keraguan. Ingat, tiada soalan yang sia-sia apabila ia melibatkan kepentingan anda.
7 perkara utama untuk diambil kira ketika memilih pelan takaful/insurans motor
Selain pilihan tambahan, memilih pengendali takaful atau syarikat insurans di Malaysia adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih pengendali takaful atau syarikat insurans.
Utamakan keperluan untuk perlindungan
Sesuaikan perlindungan anda mengikut profil risiko individu anda, nilai kenderaan dan tabiat/jenis pemanduan.
Bandingkan pilihan perlindungan secara menyeluruh
Jangan terus terima sebut harga pertama atau pilihan perlindungan termurah yang anda dapat!
Ubahsuai perlindungan anda
Fikirkan juga kepentingan untuk memasukkan pilihan tambahan untuk meningkatkan lagi perlindungan, seperti bantuan tepi jalan, peril khas, perlindungan cermin depan, pengecualian kos penambahbaikan waiver of betterment, dan lain-lain.
Pilih pengendali takaful/syarikat insurans yang sesuai
Utamakan proses tuntutan yang efisien, kewangan yang kukuh dan layanan pelanggan yang memuaskan.
Kaji polisi perlindungan anda
Keperluan anda dan situasi kehidupan akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Jadinya, anda perlu padankan dan sesuaikan polisi perlindungan anda mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Ketelusan sangat kritikal
Fahami apa yang ada, pengecualian, dan proses penyelesaian tuntutan sebelum anda memuktamadkan pilihan.
Rajinkan bertanya untuk hilangkan keraguan
Jangan teragak-agak untuk dapatkan bimbingan daripada penasihat atau ejen takaful/insurans anda. Mereka boleh membimbing anda dalam mengkaji pilihan yang rumit dan boleh mencadangkan satu pelan yang memenuhi keperluan anda.
Ingat, memilih takaful/insurans motor yang tepat adalah pelaburan untuk ketenangan fikiran dan kestabilan kewangan anda. Dengan mengikuti tips diberikan dan membuat penyelidikan anda sendiri, anda jadi lebih yakin memandu di jalan raya dengan membuat persiapan rapi dalam menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Rujukan:
1. The Star (2024, January 1). Nearly 600,000 road accidents will be recorded in 2023, says Bukit Aman. https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/01/01/nearly-600000-road-accidents-recorded-in-2023-says-bukit-aman
Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jom, Level Up’ di bawah Liberalisasi Secara Berperingkat 2.0, Program Pendidikan Pengguna (CEP), oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.