Utamakan
perlindungan, untuk
rakyat Malaysia!

Mengenai kami

Jom, Level Up ialah platform sehenti yang lengkap dengan sumber ilmu, kempen yang menyeronokkan dan maklumat terkini untuk membantu pengguna jalan raya dalam membuat keputusan bijak tentang takaful dan insurans motor.

Inisiatif bersama oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysian Takaful Association (MTA) dan syarikat-syarikat insurans am serta pengendali takaful ini bertujukan memberikan impak positif terhadap industri takaful dan insurans motor, serta para pemandu.

Misi kami, mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia tentang takaful dan insurans motor.

Kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak memiliki perlindungan yang bersesuaian dengan perjalanan unik mereka, dan itulah yang mendorong kami setiap hari.

Kami tidak menjual sebarang produk, dan jamin bahawa segala maklumat yang diberikan tentang kepentingan takaful dan insurans motor adalah neutral dan tidak berat sebelah. 

Tahukah anda?

  • Di Malaysia, adalah wajib untuk mempunyai takaful atau insurans motor.
  • Takaful adalah pilihan alternatif untuk insurans tradisional.
  • Terdapat pelbagai jenis pelan takaful dan insurans motor, jadi adalah penting untuk membandingkan pilihan yang ada sebelum membeli.

Temui Ot-to,
maskot comel kami!

Ot-to akan menemani anda di sepanjang perjalanan anda dalam mencari takaful dan insurans motor anda, supaya anda mendapat panduan yang betul tentang perlindungan takaful dan insurans motor.

Mengapakah perkembangan semasa dan info terbaru amat penting?

Pengalaman memandu anda adalah unik
Keutamaan dan destinasi anda mungkin berbeza, tiada kaedah penyelesaian yang sesuai untuk semua.
Perlindungan yang sesuai untuk awak
for you
Dapatkan pilihan tepat yang seimbang, supaya dapat memberi manfaat perlindungan yang sesuai dengan perjalanan anda.
 
Rakan kongsi yang boleh dipercayai di jalan raya
Sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan kemalangan yang tidak dijangka, serahkan perkara tersebut kepada kami untuk membimbing anda melalui liku-liku yang berlaku.

Sertai Kami!

Mari sertai komuniti Jom, Level Up dengan mengikuti laman Facebook dan Instagram rasmi kami. Kami sentiasa berkongsi kandungan, tip-tip dan info-info terkini supaya anda mengetahui perkembangan semasa mengenai takaful dan insurans motor. Bersama tingkatkan ilmu pengetahuan kita dan memandu dengan penuh yakin!