How to file motor insurance/takaful claims digitally?
November 21, 2024Panduan memahami
Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK)
Disember 2, 2024Pandu dengan tenang melalui Bantuan Tepi Jalan Digital (DRA) dan tuntutan digital
Bayangkan: Anda dalam perjalanan pulang selepas sehari suntuk di luar. Tiba-tiba, kereta anda pula berdepan masalah. Daripada tertekan dengan hal seperti siapa anda boleh hubungi, berapa lama anda nak kena tunggu, atau macam mana nak failkan tuntutan, kan bagus jika anda boleh dapatkan semua bantuan ni dengan satu klik sahaja?
Itulah potensi yang dijanjikan dengan aplikasi bantuan tepi jalan dan tuntutan motor digital. Urusan seperti kerosakan, kemalangan, dan pelanggaran kecil di atas jalan raya lebih mudah untuk ditangani para pemandu Malaysia.
Seperti yang telah digariskan Bank Negara Malaysia (BNM), kemudahan-kemudahan digital ini adalah penting untuk memenuhi permintaan zaman moden sekarang. Contohnya, solusi takaful atau insurans yang lebih efisien, telus dan pantas. Tambahan lagi, ia juga membantu menangani cabaran dan isu utama yang dihadapi dalam fasa proses tuntutan, sekaligus mengurangkan masa menunggu dan memudahkan akses kepada pemegang sijil dan pemegang polisi.
Panduan pertama #Ot-to
Muat turun aplikasi pengendali takaful atau insurans motor anda dan uruskan segala tuntutan perjalanan anda - dari kerosakan di tepi jalan raya sehingga ke proses membaiki kenderaan anda - semuanya di satu platform sahaja.
Refer to Jom Level Up’s Resources page for links to general insurers’ and takaful operators’ roadside assistance page
Bantuan segera, ketika anda amat memerlukan
Anda boleh memilih jenis bantuan yang anda perlukan, dan dengan beberapa klik saja, aplikasi ini akan mencari dan menghubungkan anda dengan pihak yang mempunyai kelulusan yang akan datang untuk memberi pertolongan. Sokongan ini tak terhad pada pembaikan saja. Tuntutan motor digital juga ada diintegrasi dalam aplikasi ini. Jadi jika anda perlu memfailkan tuntutan, anda boleh lakukannya melalui telefon anda, di mana-mana saja. Pendekatan yang berseragam dan lancar ini bermaksud, lebih mudahlah untuk anda kembali memandu dengan lebih pantas daripada sebelum ini, bukannya melalui kerenah atau membuang masa menunggu.
KLIK & KONGSI
PANTAU
PEMANTAUAN KONSISTEN
Tuntutan mudah, dan diselaraskan
Aplikasi tuntutan digital ini mengandungi langkah-langkah mudah untuk memastikan semua dokumentasi dapat dilakukan dengan tepat. Sesetengah aplikasi pula membolehkan anda mengambil dan memuat naik foto kerosakan kenderaan. Jadi, tuntutan pun dapatlah diproses dengan lebih pantas dan efisien.
Proses tuntutan semakin mudah diuruskan bila anda hanya perlu ke satu platform sahaja. Tambahan lagi, tekanan akibat insiden di jalan dapat dikurangkan, dan sekurang-kurangnya proses tuntutan dapat berjalan dengan serta-merta.
Kekal maklum dengan perkembangan terkini masa sebenar
Antara yang kerap bermain di fikiran para pemandu adalah, Apa perkembangan tuntutan saya? Dari fasa pembayaran pampasan, pemfailan ke pemprosesan, tuntutan digital akan memberikan anda segala info diperlukan dari mula hingga akhir. Anda akan mendapat notifikasi dalam telefon anda, sama ada tuntutan anda berjalan lancar, jika ada maklumat tambahan yang diperlukan, atau bila ia telah diluluskan.
Pemantauan masa sebenar mewujudkan tahap ketelusan yang bermaksud anda boleh mengikuti perkembangan pada bila-bila masa saja. Barulah anda rasa situasi sentiasa dalam kawalan, bila anda tahu status tuntutan dan apa yang akan berlaku kemudian.
Sentiasa bersedia untuk anda, siang atau malam
Antara manfaat terbesar bantuan tepi jalan adalah wujudnya sokongan, 24/7. Sama ada awal pagi atau lewat malam, aplikasi ini memastikan sokongan tetap ada, melalui beberapa klik saja. Ini bermaksud tak kira bila anda alami masalah, bantuan sentiasa berdekatan anda.
Contohnya, jika kereta anda tak dapat dihidupkan semasa melakukan rutin harian, anda hanya perlu mengakses aplikasi DRA anda dan memilih servis yang diperlukan. Bukan saja jimat masa, anda akan rasa lebih selamat ketika menunggu bantuan tiba, terutama jika anda berada di jalan raya yang sepi atau terpencil.
Panduan ke-2 #Ot-to
Panduan ke-3 #Ot-to
Pemfailan secara digital. Bagaimana? Mudah saja sebenarnya!
Baca artikel kami tentang proses tuntutan motor digital dari mula hingga akhir di sini.
Bantuan tepi jalan. Bermulanya era baru.
Solusi digital telah mengubah cara pemikiran dan persepsi kita tentang tuntutan motor dan bantuan tepi jalan. Hari ini, asalkan ada telefon pintar, para pemandu sudah boleh mengakses bantuan, memfailkan tuntutan, dan mengikuti perkembangan semasa di setiap fasa dan ketika. Bukan saja sistem sudah dinaik taraf – ia memberikan pengalaman baharu di mana kawalan, kemudahan, dan keyakinan semuanya ada di hujung jari anda.
Pengendali takaful dan syarikat insurans akan sentiasa mempertingkatkan sistem dan platform ini, jadi kita pun bolehlah lihat lebih banyak lagi inovasi pada masa akan datang. Dengan adanya elemen-elemen seperti solusi berteraskan AI, hala tuju tuntutan motor digital dan pengalaman bantuan tepi jalan akan terus berkembang. Pada masa yang sama, jalan raya akan jadi lebih selamat untuk para pemandu Malaysia di mana-mana sahaja.
Panduan ke-4 #Ot-to
Tahukah anda pengendali takaful dan syarikat insurans menggunakan ‘AI chatbots’ untuk mentransformasikan pengalaman atas talian anda?
Mereka dapat memberikan maklumat tentang produk, status perkembangan tuntutan anda, NCD anda, nasihat tentang kaedah pembayaran yang selamat, membantu anda dengan akses portal, mencari cawangan terdekat dengan anda, dan banyak lagi!
Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jom, Level Up’ di bawah Liberalisasi Secara Berperingkat 2.0, Program Pendidikan Pengguna (CEP), oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.