Malang Tidak Berbau.
Dapatkan Bantuan Segera.

Muat turun aplikasi pengendali takaful atau insurans motor anda dan uruskan segala tuntutan perjalanan anda - dari kerosakan di tepi jalan raya sehingga ke proses membaiki kenderaan anda - semuanya di satu platform sahaja.

Bantuan

Dapatkan perkhidmatan seperti menunda kenderaan, jump-start enjin, penghantaran minyak, tukar atau tampal tayar dan banyak lagi.

Bila-bila masa

Kekal tenang dan yakin kerana bantuan sentiasa di hujung jari anda.

Di mana-mana

Tidak kira di mana jua anda berada di Malaysia, dapatkan bantuan tepi jalan yang anda perlukan.

Ketelusan tuntutan

Ikuti perkembangan semasa, bermula dari bantuan dihantar sehingga status terkini tuntutan dan pembaikan kenderaan anda.

Nota: Pastikan anda meneliti maklumat daripada sijil/polisi anda untuk senarai penuh liputan perkhidmatan.

Bantuan tepi jalan, kini lebih mudah

KLIK & KONGSI
 

Kongsi lokasi kerosakan atau kemalangan anda.

PANTAU
 

Ikuti waktu pergerakan trak tunda dan pantau perjalanannya ke bengkel yang dipilih.

PEMANTAUAN KONSISTEN

Terima maklumat terkini tentang pembaikan kenderaan dan status tuntutan anda.

Tunggu apa lagi? Dapatkan bantuan sekarang.

Ambil langkah pertama! Muat turun aplikasi mudah alih pengendali takaful atau insurans motor anda untuk bantuan tepi jalan dan ketahui status tuntutan dengan lebih lancar.

Sila klik pada logo pengendali takaful atau syarikat insurans anda untuk ke halaman digital, bantuan tepi jalan masing-masing.

Syarikat-Syarikat Insurans Am

Pengendali-Pengendali Takaful

Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan?

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja, walaupun kepada pemandu yang berpengalaman. Namun, langkah-langkah ini diharapkan dapat membantu anda menangani situasi berkenaan dengan lebih efisien dan memastikan proses tuntutan menjadi lebih lancar.

1

1

Bertenang dan periksa jika ada kecederaan

Lihat diri anda dan penumpang yang mengalami kecederaan. Buat panggilan kecemasan sekiranya anda memerlukan rawatan lanjut.

2

2

Cari tempat yang selamat

Jika anda mampu dan selamat berbuat demikian, alihkan kenderaan anda ke lokasi yang selamat dan jauh daripada lalu lintas trafik bagi mengelakkan kemalangan lain berlaku. Jika tidak, hidupkan lampu kecemasan dan letakkan segi tiga kecemasan sebagai amaran kepada pemandu lain di atas jalan raya.

3

3

Rekodkan semuanya

Kumpulkan maklumat daripada semua pihak yang terlibat. Ini termasuk:

  • Nama-nama, maklumat perhubungan, nombor kad pengenalan dan nombor lesen memandu
  • Semua nombor, model dan jenis kenderaan setiap kenderaan yang terlibat
  • Maklumat takaful/insurans motor
  • Lihat tahap kerosakan pada semua kenderaan yang terlibat, lokasi kemalangan, keadaan cuaca, dan saksi-saksi yang ada ketika kejadian.
  • Gambar atau video kemalangan (untuk diserahkan kepada pihak polis)

4

4

Dapatkan bantuan

Hubungi pengendali takaful/syarikat insurans anda dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi digital bantuan tepi jalan masing-masing. Gunakan pengesanan-geo untuk menentukan lokasi kenderaan anda dan dapatkan bantuan untuk trak tunda untuk menghantar kenderaan anda ke bengkel panel. Elakkan ke bengkel bukan panel untuk memastikan pemprosesan tuntutan lancar.

5

5

Buat laporan polis

Mengikut undang-undang, anda dikehendaki membuat laporan polis secepat mungkin bila anda mampu, dan dalam masa 24 jam setelah kenderaan anda diberikan bantuan tepi jalan. Laporan polis ini sangat penting untuk tuntutan takaful/insurans motor dan tindakan undang-undang (jika ada).