Sembang Santai Takaful: Apa Itu “Actual Total Loss” dan “Beyond Economic Repair”
September 10, 2024Jangan terlalu stres ok? Ini panduan menunda kereta, supaya masa anda tidak tertunda!
Oktober 2, 2024Panduan memahami
Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK)
Apakah yang dimaksudkan dengan Tuntutan Own Damage Knock-For- Knock (OD-KFK)?
Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan kereta, dan pihak lain memang jelas sekali bersalah, anda patut mempertimbangkan tuntutan Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK) untuk proses tuntutan yang lebih pantas jika anda ada perlindungan yang komprehensif. Ini bermakna anda membuat tuntutan daripada pengendali takaful atau syarikat insurans anda sendiri untuk kos pembaikan, walaupun ia bukan salah anda.
Kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan atau No Claim Discount (NCD) anda tidak akan terjejas dan anda boleh membuat tuntutan ekses yang telah dibayar anda daripada pengendali takaful atau syarikat insurans pihak ketiga.
Walaupun bagaimanapun, pastikan anda telah mengesahkan kriteria kelayakan yang spesifik dengan pengendali takaful/syarikat insurans anda terlebih dahulu.
Panduan pertama #Ot-to
Manfaat-manfaat tuntutan OD-KFK
Pembaikan yang lebih pantas: Tuntutan OD-KFK membolehkan anda membuat tuntutan terus daripada pengendali takaful/syarikat insurans anda sendiri, sekaligus mengelakkan kesulitan yang akan dihadapi jika melalui pengendali takaful/syarikat insurans pihak ketiga. Selepas bayaran dibuat, pengendali takaful/syarikat insurans anda akan membuat tuntutan daripada pengendali takaful/syarikat insurans pihak ketiga.
Proses dipermudahkan: Tak perlu lagi berurusan secara terus dengan pengendali takaful atau syarikat insurans pihak lain itu.
Kesenangan untuk anda: Berurusan dengan pengendali takaful/syarikat insurans pihak ketiga memakan masa, dan boleh menangguhkan pembaikan dan menambahkan stres. Selain itu, anda juga tak perlu melantik ajuster anda sendiri.
Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) tidak terjejas: Anda mengekalkan NCD kalau ia bukan salah anda. Anda juga akan mengekalkan diskaun untuk pembaharuan untuk masa akan datang.
Pembaikan di Bengkel-bengkel Diiktiraf: Ini untuk memastikan pembaikan adalah berkualiti di bawah waranti dan harga yang munasabah.
Liputan: Semua kos akan dibiayai oleh pengendali takaful/syarikat insurans anda.
Bila anda boleh failkan tuntutan OD-KFK?
OD-KFK ditawarkan untuk kereta persendirian yang mempunyai pelan takaful atau perlindungan insurans komprehensif. Adalah lebih baik anda sahkan dengan pengendali takaful atau syarikat insurans anda dan pastikan yang OD-KFK dimasukkan ke dalam sijil/polisi motor. Ini kerana ada pengecualian-pengecualian tertentu, antaranya seperti:
- Kecederaan tubuh badan pihak ketiga, tak kira walaupun sesiapa pun yang bersalah.
- Sekiranya kenderaan yang dipandu didaftar di luar negara, dan lokasi pengendali takaful/syarikat insurans itu tidak terletak di Malaysia.
- Kenderaan komersial seperti bas, teksi, limosin, atau kenderaan sewa dan pandu kerana adanya terma-terma dan syarat-syarat tertentu yang diguna pakai untuk kenderaan-kenderaan komersial.
Anda juga ada pilihan lain iaitu dengan membuat tuntutan di bawah Kerosakan Sendiri (Own Damage), yang hanya ditawarkan jika anda mempunyai sijil takaful/polisi insurans yang komprehensif. Namun begitu, anda perlu ingat yang anda akan kehilangan NCD anda disebabkan kadarnya akan kembali ke 0% ketika anda memperbaharui takaful/insurans anda.
Panduan ke-2 #Ot-to
Apa langkah yang boleh diambil jika saya tak dapat buat tuntutan dengan OD-KFK?
Sekiranya anda tidak layak untuk tuntutan OD-KFK, anda ada dua pilihan untuk mendapatkan pampasan dan membaiki kenderaan anda. Anda boleh failkan tuntutan di bawah:
- Tuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga atau Third Party Property Damage (TPPD), di mana anda boleh failkan tuntutan terhadap pengendali takaful/syarikat insurans pemandu terbabit.
- Tuntutan Own Damage (OD), di mana anda boleh buat tuntutan terhadap pengendali takaful/syarikat insurans anda sendiri.
Panduan ke-3 #Ot-to
6 dokumen penting yang perlu diserahkan kepada pengendali takaful/ syarikat insurans anda
Borang tuntutan yang telah lengkap
Salinan sijil pemilikan kenderaan
Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemandu serta pemegang sijil/polisi
Salinan laporan polis yang asal
Gambar lokasi kemalangan dan kerosakan pada kenderaan
Diguna pakai untuk kereta yang berusia 5 tahun atau lebih:
Hubungi pengendali takaful/syarikat insurans anda
- Aplikasi bantuan tepi jalan digital (DRA)
- Ejen atau wakil
- Talian khas untuk tuntutan
- Portal talian pelanggan
- Cawangan khidmat pelanggan
Panduan ke-4 #Ot-to
Ketahui istilah-istilah penting ini!
Pampasan untuk tempoh pembaikan yang dianggarkan (CART)
Amaun yang dibayar oleh pengendali takaful/syarikat insurans pihak lain bagi jumlah hari yang dianggarkan oleh Ajuster untuk membaiki kereta anda (bukan berdasarkan jumlah hari kereta anda berada di dalam bengkel). Ingat untuk simpan resit asal tambang teksi atau sewa kereta untuk tuntutan CART.
Ekses
Amaun yang anda perlu bayar tak kira ia salah anda ataupun tidak. Pengendali takaful/syarikat insurans akan membayar baki tuntutan.
Penambahbaikan pula
Diguna pakai untuk kereta yang berusia 5 tahun atau lebih:
- Apabila alat ganti yang lama digantikan dengan alat ganti baharu yang asli.
- Anda akan menanggung sebahagian kos untuk alat ganti baharu asli itu (bergantung pada usia kenderaan anda).
Peringatan: Sentiasa utamakan keselamatan. Jika anda terbabit dalam kemalangan, pastikan semua dalam keadaan baik dan selamat sebelum menghubungi pihak berkuasa, jika perlu. Dengan sedikit perancangan dan pilihan OD-KFK yang anda ada, anda pasti boleh kembali memandu seperti biasa.
Pastikan anda ingat untuk meneliti butiran sijil/polisi anda, dan jika anda ada apa-apa soalan, pengendali takaful/syarikat insurans anda sentiasa bersedia untuk membantu!
Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jom, Level Up’ di bawah Liberalisasi Secara Berperingkat 2.0, Program Pendidikan Pengguna (CEP), oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.