Apa sebenarnya kenderaan rosak secara menyeluruh?
Jom huraikan satu persatu.

Sesebuah kenderaan akan diisytiharkan kerosakkan secara menyeluruh (total loss) oleh pengendali takaful am/syarikat insurans sekiranya kenderaan tersebut tidak selamat, tidak dapat dibaiki atau kos anggaran untuk baik pulih kereta tersebut melebihi nilai tunai sebenar (‘Actual Cash Value’, ACV) kenderaan tersebut.

Situasi ini biasanya berlaku apabila kerosakan sangat kritikal, sehingga kos pembaikan melebih kos penggantian kenderaan.

Keputusan untuk membaiki kenderaan bergantung pada jenis kerosakan, seperti kerosakan dari segi struktur atau estetika. Faktor-faktor ini akan ditentukan oleh ajuster kerugian yang dilantik pengendali takaful am/syarikat insurans anda.

Terdapat dua kategori tuntutan kenderaan untuk kerosakkan secara menyeluruh iaitu:

Apa sebenarnya kenderaan berstatus Kerugian Menyeluruh Sebenar (ATL) ?

Ini merujuk pada situasi di mana kenderaan bermotor telah mengalami kerosakan kritikal yang menjejaskan struktur utama casis, menjadikan kenderaan itu tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan dalam keadaan selamat dan perlu dilupuskan.

Pengendali takaful am atau syarikat insurans anda akan memastikan kenderaan-kenderaan ATL diuruskan dengan berhemat. Ini termasuklah melaporkan status kenderaan ATL kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), penyimpanan yang rapi dan pelupusan kad pendaftaran (‘Registration Card’, RC) mengikut garis panduan JPJ, serta pelupusan kenderaan-kenderaan ATL.

Kenderaan boleh diisytiharkan sebagai ATL jika:

3-main-reasons-vehicle-can-be-declared-ATL---1
Kerosakan kritikal
3-main-reasons-vehicle-can-be-declared-ATL---2
Struktur casis utama terjejas
3-main-reasons-vehicle-can-be-declared-ATL---3
Kenderaan tidak boleh dibaiki dengan selamat atau dipulihkan untuk kegunaan di jalan raya

Nota: Anda boleh menyemak status kenderaan-kenderaan ATL di https://www.mycarinfo.com.my/VehicleCheck

Apa pula kenderaan Kenderaan Tidak Berhemat Dibaiki (BER)?

Ini merujuk pada keadaan di mana kenderaan motor yang rosak tidak lagi berbaloi untuk dibaiki atau dipulihkan dari sudut kewangan. Ini kerana kos pembaikan atau pemulihan hingga layak dipandu di jalan raya sebelum kerosakan berlaku, melebihi nilai pasaran atau melebihi nilai tunai sebenar kenderaan yang dilindungi tersebut.

Pengendali takaful am atau syarikat insurans anda akan melaporkan kenderaan berstatus BER kepada JPJ, tidak melebihi lima (5) hari bekerja, bermula dari tarikh tawaran penyelesaian BER diterima oleh pihak takaful/polisi/sijil yang terlibat. Kenderaan BER kemudiannya boleh diperoleh syarikat pelelong atau bengkel pembaikan untuk dibaik pulih dan peroleh sijil kelayakan memandu di jalan daripada penyedia pemeriksaan kenderaan yang sah, seperti PUSPAKOM, sebelum dijual. Kad Pendaftaran kenderaan itu pula akan dikeluarkan oleh pengendali takaful am atau syarikat insurans anda

Berapa jumlah pampasan yang boleh saya terima untuk kenderaan kenderaan rosak secara menyeluruh?

Pembayaran tuntutan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti liabiliti anda dalam insiden tersebut, liputan perlindungan takaful/polisi, dan amaun ditentukan yang diinsuranskan/diliputi, antara nilai pasaran atau nilai dipersetujui. Jika anda memilih nilai pasaran, jumlah pampasan adalah berdasarkan nilai pasaran kereta pada masa berlakunya kemalangan, bukan ketika masa pembaharuan insurans berbanding nilai dipersetujui di mana pengendali takaful am atau syarikat insurans akan memberi pampasan kepada anda seperti dipersetujui dalam sijil/polisi motor
Sentiasa dapatkan nasihat lebih lanjut daripada pengendali takaful am atau insurans am anda.

Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.