Sembang Santai Takaful: Tuntutan Takaful – Lebih Mudah Jika Tahu Caranya
Julai 22, 2024Tuntutan, Pembaikan dan Pertikaian: Apa yang perlu anda tahu
Julai 31, 2024Alami kemalangan?
Perkara utama anda kena buat.
Di Malaysia, jumlah kemalangan trafik yang telah dilaporkan meningkat daripada 545,588 pada 2022 ke 598,635 pada 2023.1 Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan kemalangan jalan raya adalah punca kematian keempat paling tinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 6,443 kematian kemalangan di jalan raya pada tahun lepas, dengan purata sebanyak 18 yang maut setiap hari.
Hampir dua pertiga daripada kes maut kemalangan jaya raya melibatkan motosikal. Pada tahun 2023, terdapat sebanyak 4,448 kes kematian, dengan purata sebanyak 12 yang maut setiap hari. Ini bermakna setiap 2 jam, akan ada 1 kes kematian yang melibatkan motosikal. Untuk jumlah kemalangan harian, sila rujuk di halaman media sosial Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.
Hampir dua pertiga daripada kes maut kemalangan jaya raya melibatkan motosikal. Pada tahun 2023, terdapat sebanyak 4,448 kes kematian, dengan purata sebanyak 12 yang maut setiap hari. Ini bermakna setiap 2 jam, akan ada 1 kes kematian yang melibatkan motosikal. Untuk jumlah kemalangan harian, sila rujuk di halaman media sosial Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.
Malangnya, statistik kemalangan sentiasa di peringkat membimbangkan. Kemalangan terjadi tanpa dijangka. Sama ada anda memandu kereta atau menunggang motosikal, kesan dan akibat daripada kemalangan boleh memberi beban.
Walau bagaimanapun, apabila anda tahu tindakan yang perlu diambil serta bagaimana pengendali takaful/syarikat insurans dapat membantu proses tuntutan motor anda, sememangnya ia akan memberikan perbezaan yang amat besar untuk anda menghadapinya. Jadi, mari kita lihat tindakan utama yang boleh diambil dan sokongan yang ada dalam membantu anda melalui situasi yang mencabar ini.
Panduan pertama #Ot-to
Dalam satu-satu kemalangan motosikal yang terjadi, motosikal itu akan mempunyai:
lebih tinggi untuk kematian dan kecederaan serius berbanding dengan penumpang-penumpang bas untuk jarak yang sama.
lebih tinggi untuk kematian dan kecederaan serius berbanding perjalanan menggunakan kereta untuk jarak yang sama.
Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya
Ini antara tindakan yang boleh diambil dan bagaimana pengendali takaful/syarikat insurans dapat membantu selepas kemalangan.
1
Bertenang dan periksa jika ada kecederaan
Langkah paling penting adalah memastikan keselamatan anda dan orang sekeliling yang terlibat. Jika anda dan mana-mana penumpang memerlukan bantuan perubatan, sila hubungi 999 untuk respons perkhidmatan perubatan serta-merta.
2
Pastikan lokasi kejadian selamat
3
Ambil gambar sebagai bukti
4
Kumpulkan maklumat
Saling bertukar maklumat peribadi untuk dihubungi dengan semua pihak yang terlibat, termasuk nama, nombor lesen pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, maklumat insurans dan nombor telefon.Hubungi pengendali takaful/syarikat insurans anda
5
Hubungi pengendali takaful/syarikat insurans anda
Pengendali takaful/syarikat insurans anda memberikan 24/7 bantuan tepi jalan untuk kenderaan. Bantuan Tepi Jalan Digital (DRA) mengandungi nombor WhatsApp/talian khidmat pelanggan, dan/atau laman web mereka.
Untuk anda yang ada aplikasi DRA, ini cara menggunakannya:
Buka aplikasi DRA: Masuk ke dalam aplikasi DRA di telefon muda alih anda, tablet atau jika ada, akses melalui laman web mereka.
Memohon Bantuan: Guna aplikasi DRA untuk meminta trak tunda. Perkhidmatan ini ada untuk kemalangan dan juga kerosakan/masalah pada kenderaan. Anda hanya perlu berkongsi atau masukkan lokasi kenderaan anda.
Pautan Bantuan Anda: Aplikasi DRA membolehkan anda memantau pergerakan trak tunda pada masa nyata (real time) hingga ia sampai ke bengkel panel terdekat.
Ikuti Perkembangan Terkini: Anda juga boleh menerima perkembangan terbaru status pembaikan kenderaan terus daripada aplikasi.
Nota penting: Muat turun aplikasi pengendali takaful atau syarikat insurans anda sebelum kemalangan terjadi untuk memastikan bantuan mudah diakses bila diperlukan. Elak berinteraksi dengan mana-mana individu yang tiba-tiba datang dan mencadangkan bengkel untuk membaiki kenderaan anda. Kadang kala mereka juga akan menawarkan perkhidmatan menunda. Lebih baik anda tidak melayan pihak-pihak yang menawarkan servis menunda tak berdaftar. Antara sebabnya adalah mereka mungkin akan mengenakan caj yang terlampau tinggi untuk bayaran servis menunda atau kos pembaikan.
Melaporkan kes kemalangan
Buat laporan polis
Failkan laporan polis dalam tempoh 24 jam kemalangan melainkan ada sebab yang kukuh (seperti atas sebab anda dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan untuk kecedaraan) yang boleh disokong oleh laporan perubatan rasmi.
Jika tidak, laporan yang lambat boleh menyebabkan anda didenda. Anda juga mungkin diminta melukis lakaran atau gambar rajah lokasi kemalangan untuk laporan tersebut.
Failkan tuntutan takaful/insurans
Maklumkan kepada pengendali takaful/sysrikat insurans anda tentang kemalangan ini dengan segera. Mereka akan membimbing anda untuk proses tuntutan dan langkah-langkah seterusnya.
Setelah anda memfailkan tuntutan, pengendali takaful/sysrikat insurans anda akan melantik adjuster kerugian/penyiasat untuk menilai pembaikan yang disarankan oleh bengkel panel yang diiktiraf.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini status tuntutan dan pembaikan kenderaan anda melalui aplikasi DRA.
Panduan ke-2 #Ot-to
Hubungi MERS999 segera jika anda terlibat dalam kemalangan dan memerlukan bantuan kecemasan serta-merta.
Bagaimana pengendali takaful atau syarikat insurans anda boleh membantu?
Memberi penjelasan dan penilaian untuk polisi/sijil
Tak berapa pasti tentang perlindungan insurans motor anda? Pengendali takaful/syarikat insurans anda boleh menerangkan manfaat-manfaat yang layak anda dapat di bawah polisi/sijil anda. Ini mungkin termasuk sekali dengan perkhidmatan menunda (mengikut had polisi/sijil) atau kereta gantian untuk anda sementara kenderaan anda dibaiki.
Nota: Kebanyakan pengendali takaful/syarikat insurans akan menyediakan perkhidmatan menunda kenderaan secara percuma untuk jarak tertentu bagi pemegang sijil atau polisi insurans komprehensif.
Bantuan ketika membuat tuntutan
Proses mengfailkan tuntutan selepas kemalangan boleh menjadi lebih lancar dengan bantuan pengendali takaful atau syarikat insurans anda. Mereka akan menguruskan segala proses tuntutan, berhubung dengan bengkel pembaikan dan semua pihak lain yang terlibat. Hanya hubungi mereka atau failkan tuntutan melalui aplikasi DRA dan serahkan dokumen yang diperlukan.
Pengendali takaful/syarikat insurans anda akan berkomunikasii dengan bengkel pembaikan yang diiktiraf, sekaligus mengurangkan beban anda. Mereka juga akan memastikan anda sentiasa mendapat perkembangan terkini berkenaan tuntutan anda.
Bantuan untuk pembaikan
Semua pengendali takaful dan syarikat insurans menawarkan aplikasi DRA di mana mereka bekerjasama secara terus dengan bengkel pembaikan yang diiktiraf untuk menyelaraskan dan memperkemas proses pembaikan. Anda juga boleh melihat dan memantau perkembangan pembaikan kenderaan anda.
Nota: Pilihan perlindungan dan maklumat untuk sijil/polisi mungkin berlainan antara pengendali takaful dan syarikat insurans yang berbeza. Anda selalu digalakkan untuk meneliti sijil/dokumen polisi anda untuk memahami manfaat dan perlindungan tertentu.
Nota: Pilihan perlindungan dan maklumat untuk sijil/polisi mungkin berlainan antara pengendali takaful dan syarikat insurans yang berbeza. Anda selalu digalakkan untuk meneliti sijil/dokumen polisi anda untuk memahami manfaat dan perlindungan tertentu.
Panduan ke-3 #Ot-to
Jika anda pihak yang didapati bersalah dan tuntutan telah dibuat terhadap sijil atau polisi anda, Diskaun Tanpa Tuntutan ataupun No Claim Discount (NCD) anda yang sudah terkumpul pada masa itu akan dibatalkan dan kembali semula ke 0%.
Larangan ketika terlibat dalam satu-satu kemalangan di malaysia
Jangan panik, lepaskan kemarahan, atau saling cari kesalahan.
Jangan akui kesalahan atau memberi janji di lokasi kemalangan.
Jangan terima atau tawar-menawar rundingan pembayaran untuk kemalangan di lokasi kejadian.
Jangan tandatangan apa-apa sekalipun sebelum membaca terlebih dahulu atau mengesahkan butiran dengan ejen anda atau pengendali takaful/syarikat insurans anda.
Kemalangan sememangnya memberikan tekanan yang tinggi, tapi jika anda tahu tindakan yang perlu diambil dan sokongan boleh diberikan pengendali takaful/syarikat insurans anda, beban yang ada boleh berkurangan. Ingatlah untuk mengutamakan keselamatan, dokumentasi insiden tersebut, dan maklumkan kepada pengendali takaful/syarikat insurans anda dengan segera. Bekerjasamalah untuk mendapat bantuan serta-merta supaya anda dapat kembali memandu seperti biasa di jalan raya.
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.