Alami kemalangan? Ini antara perkara utama anda kena buat dan bagaimana takaful/insurans dapat membantu.
Oktober 27, 20248 faktor-faktor yang mempengaruhi
kos sumbangan takaful/premium insurans
Oktober 29, 2024Panduan perkhidmatan motor yang penting daripada pengendali takaful/syarikat insurans anda
Sama seperti memakai tali pinggang keledar, mempunyai perlindungan takaful atau insurans motor yang sesuai sangat penting untuk anda melalui pengalaman memandu yang lebih baik. Memastikan ketenangan fikiran ketika berada di jalan raya bukan sahaja penting. Ia harus diutamakan.
Ini adalah senarai perkhidmatan yang anda patut pertimbangkan apabila memilih pengendali takaful atau syarikat insurans motor.
Mudah alih dan atas talian
Pengalaman digital yang lancar
Pilihlah pengendali takaful atau syarikat insurans yang menawarkan pengalaman digital yang lancar, menghubungkan semua pihak yang terlibat dalam proses tuntutan. Bayangkan satu sistem di mana bengkel menerima butiran tuntutan anda secara elektronik, anda mendapat perkembangan pada masa nyata (‘real-time’) berkenaan perkembangan pembaikan, dan pengendali takaful atau syarikat insurans anda menguruskan pembayaran secara langsung – semuanya melalui platform atas talian yang mesra pengguna.
Pendekatan bersepadu ini memastikan komunikasi yang jelas, ketelusan, kecekapan, dan juga memudahkan proses untuk semua yang terlibat.
Panduan pertama #Ot-to
Pilihan perlindungan yang direka khas
Semua pemandu tak serupa, sama juga dengan keperluan takaful atau insurans mereka. Untuk mengatasi isu ini, pengendali takaful atau syarikat insurans menawarkan pelbagai jenis produk untuk anda. Sama ada anda memerlukan perlindungan komprehensif untuk ketenangan fikiran atau polisi lebih asas seperti liabiliti pihak ketiga, semestinya ada pilihan yang sesuai dengan bajet dan toleransi risiko anda.
Banyak pengendali takaful atau syarikat insurans juga membenarkan anda melakukan penyesuaian pada perlindungan anda melalui pilihan tambahan. Ini mungkin termasuk:
Bantuan 24/7 di hujung hari anda
Bantuan tepi jalan di mana-mana, bila-bila masa
Sekiranya berlaku kerosakan, tayar pancit, atau bateri telah mati, pengendali takaful atau syarikat insurans anda akan menghantar trak tunda ke lokasi anda, selalunya secara percuma jika ia dalam had polisi atau sijil anda.
Sesetengah pengendali atau syarikat juga akan menawarkan khidmat pembaikan atau pembetulan di tapak (‘on-site’) untuk isu-isu kecil supaya anda dapat kembali memandu di jalan raya dengan segera. Bukan saja anda tidak perlu bersusah payah mencari khidmat menunda, tetapi anda juga akan mendapat khidmat pihak yang profesional dan berkelayakan untuk menangani situasi tersebut.
Panduan ke-2 #Ot-to
- Talian bantuan: 24 jam, 7 hari seminggu.
- Membimbing anda untuk mendapatkan perkhidmatan daripada bengkel yang diluluskan.
- Membekalkan maklumat dan menjawab soalan asas atau pertanyaan yang lazim berkenaan tuntutan takaful atau insurans motor.
- Rujuk kepada talian bantuan pelanggan pengendali takaful/syarikat insurans anda masing-masing.
Rangkaian bengkel yang boleh dipercayai
Penyerahan dan pemprosesan tuntutan yang efisien
Panduan ke-3 #Ot-to
Pendekatan mesra digital
- Bantuan Tepi Jalan Digital (DRA) sedang mengubah kaedah memberi bantuan, menawarkan cara yang lebih pantas dan mudah dalam kes kecemasan. Cuba bayangkan anda boleh meminta bantuan tepi jalan hanya dengan beberapa klik sahaja di telefon pintar anda!
- Proses automasi akan memperkemas tugasan dalam pejabat (‘back-office’), sekaligus menjadikan proses tuntutan lebih cepat dan cekap untuk para pemandu, pengendali takaful dan syarikat insurans.
Ke arah perjalanan takaful dan insurans yang saling berpautan
Kepantasan
Ketelusan
Pengalaman Pelanggan Yang Transformatif
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.