Panduan memahami
Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK)
September 12, 2024Masa depan untuk tuntutan takaful/insurans adalah digital!
Oktober 10, 2024Jangan terlalu stres ok? Ini panduan menunda kereta, supaya masa anda tidak tertunda!
Panduan ini mempunyai pelbagai nasihat praktikal untuk para pemandu kereta menangani kerosakan atau kemalangan dengan lebih tenang dan efisien, sekaligus mengurangkan potensi kos dan kesulitan yang mungkin dihadapi.
Apa yang patut anda lakukan:
1
Bergerak ke lokasi selamat
Kalau boleh, ubah kenderaan anda ke bahagian jalan atau kawasan selamat yang jauh dari trafik. Ini membantu mengurangkan risiko kemalangan baru, sambil memastikan keselamatan anda sementara menunggu bantuan tiba. Pasang lampu kecemasan kenderaan anda untuk memberikan amaran kepada pemandu lain. Jika tahap penglihatan rendah atau gelap, cuba gunakan lampu parkir kereta anda atau meletakkan kon segitiga di belakang kenderaan anda.
Panduan pertama #Ot-to
Pemilik kenderaan bakal berdepan risiko besar sekiranya berurusan dengan penarik kereta haram dan bengkel yang tidak diiktiraf. Contohnya, maklumat tidak tepat dan mengelirukan berkenaan kenderaan dan kos pembaikan, kos tersembunyi, tiada jaminan waranti, alat ganti yang tak berkualiti, risiko keselamatan, dan isu-isu berkaitan undang-undang.
Semasa menghadapi kecemasan di tepi jalan, sebaiknya anda menghubungi pengendali takaful/syarikat insurans anda untuk melindungi diri daripada risiko-risiko ini dan menghadapi proses tuntutan yang lebih lancar.
2
Hubungi Bantuan Tepi Jalan
Untuk mendapat bantuan tepi jalan dengan lebih pantas, muat turun aplikasi telefon bimbit bantuan tepi jalan digital (DRA) daripada pengendali takaful/syarikat insurans anda ketika anda mendaftar atau memperbaharui pelan takaful/insurans motor anda. Sekiranya kenderaan rosak, buka aplikasi dan minta servis seperti menunda, pengangkutan kecemasan, atau bantuan perubatan, bergantung pada polisi yang anda ada.
Jenis-jenis trak tunda (yang lazim)
Trak tunda dengan cangkuk dan rantai besi (Hook & chain)
Kereta anda dapat ditunda dengan mudah dan lebih pantas, tapi ia tidak sesuai untuk semua kenderaan bertayar. Selalunya digunakan untuk kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dan sudah remuk.
Trak tunda dengan lantai rata (Flatbed)
Salah satu pilihan termudah dan paling selamat untuk menunda. Sesuai untuk perjalanan jarak jauh merentas sempadan negeri.
Trak tunda dengan kaedah mengangkat tayar (Baby tyre/wheel lift)
Paling sesuai untuk kenderaan dengan berat keseluruhan di bawah 10,000 lbs. Ia lebih sesuai untuk menunda kenderaan kecil, bukan yang berat.
Panduan ke-2 #Ot-to
Liputan untuk servis menunda ditawarkan oleh kebanyakan pengendali takaful/syarikat insurans. Sebelum anda membayar khidmat untuk menunda, teliti terlebih dahulu sijil/polisi anda dan lihat sama ada anda telahpun mempunyai liputan perlindungan ini ataupun tidak.
Jika liputan takaful/insurans anda tidak mengandungi bantuan tepi jalan, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkannya sebagai pilihan tambahan.
3
Lengkapkan kertas kerja/dokumen-dokumen
ika anda terlibat dalam kemalangan, pastikan anda bertukar maklumat dengan pihak yang terlibat dan rekodkan semua dengan gambar sebagai bukti untuk pihak takaful atau insurans. Untuk kerosakan, sediakan butiran takaful atau insurans dahulu andai kata diperlukan oleh trak tunda. Rujuk pada artikel kami dalam Alami kemalangan? Perkara utama anda kena buat.
4
Ambil dan simpan barang-barang anda
Sebelum trak tunda tiba, dapatkan semua barang kepunyaan anda—beg tangan/dompet, telefon, kunci, barangan elektronik dan berharga yang tak sepatutnya ditinggalkan dalam kereta.
Ini juga masa yang baik untuk anda mengambil apa-apa dokumen dari kereta, seperti, pendaftaran dan takaful/insurans, sekiranya anda belum berbuat demikian.
Panduan ke-3 #Ot-to
Pertimbangkan untuk menambah bantuan tepi jalan dalam sijil/ polisi insurans anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif. Walaupun anda hanya guna sekali setahun sahaja pun untuk servis berkaitan kunci atau perkhidmatan menunda, ketenangan fikiran yang anda akan dapat nanti sangat berbaloi.
5
Jaga keselamatan diri sementara menunggu
Setelah selesai mengambil barang milik anda, tunggu berdekatan dengan kenderaan anda pada jarak yang masih selamat daripada trafik. Jika anda rasa tidak berapa selamat menunggu di dalam kereta, boleh keluar dan cuba berdiri beberapa kaki di tempat yang lebih selamat.
Kekal rapat dengan kenderaan anda sehingga kenderaan diambil oleh pihak penunda daripada pengendali takaful/syarikat insurans anda.
Bantuan menunda ini biasanya bermula dengan membawa kenderaan dan pemandu ke balai polis untuk membuat laporan polis, dan kemudiannya menunda kenderaan ke bengkel yang diiktiraf.
Panduan ke-4 #Ot-to
Muat turun aplikasi pengendali takaful atau syarikat insurans anda atau pastikan maklumat dan nombor penting disimpan dalam telefon bimbit anda, supaya mudah untuk anda mengakses bila-bila masa ia diperlukan.
6
Dapatkan perkembangan terkini
Jika anda ada aplikasi DRA pengendali takaful atau syarikat insurans, anda boleh mengikuti perkembangan tuntutan dan pembaikan itu. tuntutan, pembaikan dan pertikaian. Jika tidak, pilihan lain adalah dengan menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans melalui panggilan telefon, atau mesej, untuk info terkini.
Bantuan tepi jalan (yang lazim)
Kebanyakan pengendali takaful/syarikat insurans motor menawarkan bantuan tepi jalan sebagai pilihan tambahan untuk polisi. Sentiasa ingat untuk menyemak liputan perlindungan sijil/polisi anda dengan pengendali takaful/syarikat insurans anda.
Selain daripada servis menunda, antara bantuan tepi jalan lain adalah:
Bantuan penundaan
Penghantaran bahan api
Pemeriksaan dan servis kereta
‘Jumpstart’ kereta anda
Mengganti ‘engine belt’ yang rosak
Perkhidmatan sewa kereta atau teksi dengan pemandu
Penggantian bateri
Perkhidmatanambulans
Menguruskan penginapan hotel
Menukar tayar pancit
Perkhidmatan tukang kunci
Pengendalian aduan
Perancangan dan persiapan lebih ini sebenarnya boleh menenangkan fikiran anda dan membantu anda kembali menjalani rutin harian seperti biasa dengan lebih cepat.
Berhati-hati ketika memandu di jalan raya, semua!
Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Jom, Level Up’ di bawah Liberalisasi Secara Berperingkat 2.0, Program Pendidikan Pengguna (CEP), oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).
Penafian: Maklumat-maklumat yang diberikan adalah untuk pengetahuan umum sahaja. PIAM dan MTA tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan berkenaan maklumat-maklumat ini, termasuk dan tidak terhad pada apa-apa perwakilan atau jaminan berkenaan dengan kesesuaian bagi tujuan tertentu bagi maklumat tersebut sejauh mana yang dibenarkan dari sisi undang-undang-undang. Meskipun usaha-usaha sudah dilaksanakan untuk memastikan maklumat yang diletakkan dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika tempoh penulisan, maklumat yang diberikan dalam artikel ini tidak sepatutnya diberi kebergantungan untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan, pelaburan, hartanah atau undang-undang. Tambahan lagi, maklumat ini tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada individu professional terlatih yang boleh mempertimbangkan fakta dan situasi peribadi anda, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti jika anda menggunakan maklumat ini untuk membuat sebarang keputusan.